Find Us On Facebook

banner image
banner image

Ion Calcium Daily Sun BB Cream



Sudah menjadi trend wanita hari ini, mencari dan menggunakan BB Cream sebagai produk asas kecantikan harian mereka. Namun begitu, berapa kerat daripada kita yang tahu tentang asal usu krim kegilaan ramai ini dan berapa ramai pula yang kisah nak ambil peduli tentang kandungan BB Cream mereka? Mungkin ada, tapi jika dibandingkan ramai masih samar-samar tentangnya. Betul? Jika setuju, mari teruskan pembacaan..

Sejarah Umum BB Cream

Nama panjang BB Cream ialah Beauty Balms atau Blemish Balms. Krim ini dicipta oleh pakar dematologi daripada Jerman. Asal penciptaan inovasi ini diinspirasikan daripada keinginannya untuk menghasilkan satu jenis krim yang mampu untuk melindungi kulit dan menyembunyikan kesan rawatan laser. Anda semua pasti sedia maklum, rawatan laser akan menghasilkan kesan parut atau lebam-lebam pada kulit. Krim All In One ini kemudiannya telah menjadi sangat popular di Korea Selatan dan kemudian merebak ke negara-negara Asia, termasuk tanah air kita yang tercinta ini Malaysia.

Kebaikan BB Cream Yang Diwar-warkan

Hampir kesemua BB Cream merupakan krim pelindung matahari (sun protection) dengan SPF 20 dan ke atas. Sunblock ini mengandungi zinc oxide atau titanium oxide yang bersifat kalis air.

Selain melindungi kulit daripada matahari, BB Cream juga mempunyai kebaikan yang lain iaitu: bahan anti-penuaan (termasuk peptides dan antioksida seperti Vitamin A,E dan C); kelembapan (hyaluronik dan glycerin); bahan-bahan untuk meratakan tona warna kulit (seperti licorice, arbutin); bahan yang memberi kesan akhir yang cantik (seperti mica, light reflecting effects); dan juga bahan untuk melicinkan permukaan kulit (kebiasaannya silicone-based seperti dimethicone) 

BB Cream Ada Juga Kelemahan

Kebanyakan wanita setelah BB cream akan mendapati bahawa krim itu tidak sesuai dengan kulit mereka. Antara sebab ialah:

BB Cream yang dibeli ada SPF yang tinggi tetapi tidak memberi kesan moisturising yang diinginkan; dengan kata lain, kulit tidak lembap.

Warna BB Cream yang tidak padan dengan warna kulit. BB Cream yang terjual di pasaran mempunyai ingkungan warna tertentu sahaja fair to medium dark , dan selalunya menyukarkan wanita untuk memilih warna yang sesuai dengan warna kulit mereka.

BB Cream tidak sesuai jika digunakan untuk kulit yang berjerawat atau acne kerana akan menjadikan keadaan kulit semakin teruk. BB Cream ada SPF yang bersifat kalis air, yang tidak membantu untuk penyembuhan acne.

Skin Dr MiBA Ion Calcium Daily Sun BB

MiBA Ion Calcium Daily BB Cream merupakan keluaran Mineralbio Korea Selatan, menggunakan khasiat mineral semulajadi seperti kalsium, magnesium; ektrak tumbuh-tumbuhan seperti Carica Papaya, Myrystica Fragrans, Amyris Balsamifera, Scutellaria Baicalensis, Paeonia Suffruticosa, Aucalyptus Globulus, Pelargonium Graveolens, Pearl Extract dan lain-lain; serta ditambah khasiat asid amino seperti glycine, alanine, arginine, lysine, proline, threonine untuk memberikan nilai tambah nutrisi kepada kesihatan kulit.

MiBA Ion Calcium Daily BB Cream boleh digunakan sebagai asas make up (foundation) untuk melindungi kesan parut-parut.  Kandungannya sangat pekat, hanya sedikit sahaja (sebesar biji kacang) diperlukan untuk digunakan ke seluruh wajah dan leher, setiap hari. 
Satu kelebihan utama MiBA Ion Calcium Daily BB Cream ialah, ianya tidak mengandungi sebarang bahan kimia berbahaya (no paraben), tetapi dalam masa yang sama dapat membantu untuk menghalang penggelapan kulit akibat terdedah kepada sinaran matahari. Kandungan SPF (SPF 25 PAA ++) yang tinggi untuk melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB, sesuai sebagai penggunaan sunscreen selama 7 - 8  jam.  

Krim ini tidak melekit & tidak berminyak, sesuai untuk penggunaan sebagai alas bedak make-up; walaubagaimanapun, krim ini kalis peluh dan kalis air – zarah-zarah mikro memberikan kesegaran menghilangkan kepudaran kulit agar kelihatan lebih bersinar tanpa kelihatan berminyak. Bagi mereka yang tidak mahu memakai make-up dan ingin kelihatan natural beauty, gunakan MiBA Ion Calcium Daily BB Cream saja sudah cukup untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari. 

Kelebihan MiBA Ion Calcium Daily BB Cream yang tiada pada krim lain di pasaran dan telah diakui oleh semua pengguna Miba Mineralbio: 

Walaupun pada asasnya orang lihat krim ini seperti cosmetic foundation, namun setelah menggunakannya anda akan rasa kesan rawatannya pada kulit. Jika konsisten digunakan, anda akan dapati bahawa struktur kulit akan semakin halus, kesan parut, jeragat, jerawat dan melasma semakin pudar dan keadaan metabolisma kulit semakin stabil. Jika sebelum ini kulit berminyak, anda dapati semakin kurang berminyak.  Dan jika sebelum ini kulit terlalu kering, anda akan dapati kelembapannya memuaskan hati! 




Krim ini sangat pekat – satu botol (40 mL) tahan untuk 3-4 bulan penggunaan, sangat
sesuai jika anda seorang yang berjimat cermat tetapi tetap mementingkan kesihatan dan kesegaran kulit. Warnanya hanya satu, tetapi akan blend-in very well dengan warna kulit anda.

Cara penggunaan:
1)     Sapu Krim Sun BB 25 pada wajah dan bahagian badan yang terdedah, 15-30 minit sebelum keluar di bawah cahaya matahari.
2)     Ulangi sapuan setiap 3-4 jam jika perlu, untuk menghalang UV sepenuhnya.
3)     Untuk membersih, gunakan MiBA Ion Calcium Total Cleansing.
No. Notis KKM : NOT160305697K

Whatsapp / Call
 Suzana 0197757443

Miba Mineralbio Produk Selamat
Ada orang tanya, selamat ke produk Miba Mineralbio ni?
Jawapannya, memang 100% selamat dan pasti menjanjikan kesembuhan dan pemulihan kulit bermasalah.
Kerana, produk ini diperbuat daripada air bermineral tinggi, ditambahbaik dengan khasiat tumbuh-tumbuhan yang sangat tinggi kandungan antioksida dan antipenyakit.
Ini senarai Safety Tests yang telah dijalankan oleh pihak Miba Mineralbio Korea Selatan: 
Ion Calcium Daily Sun BB Cream Ion Calcium Daily Sun BB Cream Reviewed by Unknown on November 01, 2016 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.