Find Us On Facebook

banner image
banner image

Masalah Kulit Yang Sering Diambil Mudah

Melalui kajian, terdapat beberapa kategori masalah kulit yang sering dihadapi, secara umumnya masyarakat di Malaysia. Yang paling utama ialah:
1) Kegatalan. Contoh: ruam-ruam merah, alergi, ekzema, ruam lampin dll
2) Jangkitan bakteria/fungus/virus. Contoh: Molluscum contagiosum, campak (measles), cacar air, Athlete's foot (ulat air), jangkitan fungi di kuku kaki, kulit menebal (callus), ketuat (corns), panau, dll
3) Penyakit berkaitan genetik. Contoh: psoriasis, seborrheic eczema, kesan alahan / alergi dll
4) Ketidakseimbangan keadaan kulit. Contoh: kulit terlalu kering, berminyak, jerawat, rosacea, sunburn dll

Kebiasaannya, kita ambil mudah dengan keadaan kesihatan kulit kita.  Hanya bertindak apabila keadaan telah menjadi semakin teruk.  Ada di antara kita yang berusaha gigih mencari ubat-ubat dan produk-produk di pasaran untuk merawat masalah kulit yang dihadapi.  Seringkali juga terjadi kesilapan dalam memilih produk yang betul dan sesuai dengan masalah kulit yang dihadapi. Yang akhirnya merugikan sahaja kerana ketidakserasian dengan kulit. Ada juga yang berasa malu menghadapi keadaan ini, lalu bersikap merendah diri tanpa mencari jalan penyelesaian.  Tidak dinafikan, semua ini berlaku kerana kita kurang didedahkan dengan maklumat terperinci tentang masalah-masalah kulit ini.

Masalah kulit yang dihadapi akibat faktor genetik dan jangkitan bakteria / fungus / virus hendaklah mendapatkan nasihat doktor pakar kulit atau ahli dermatologi untuk penyelesaiannya.  Seringkali pesakit akan disarankan untuk mengambil krim sapuan dan ubat makan untuk mengubati keadaan tersebut. Namun, masih ramai yang tidak sedar tentang bahaya penggunaan ubat-ubatan berasaskan kimia ke atas diri mereka.  Kesan yang diperoleh berkemungkinan akan cepat meredakan masalah kulit, akan tetapi tidak berupaya untuk mengubati sehingga benar-benar sihat. Ada juga yang akan memberikan kesan sampingan untuk jangka masa penggunaan yang sangat lama, dan berisiko tinggi untuk mendapat kanser kulit.

Kategori masalah-masalah kulit yang lain adalah suatu yang lazimnya dihadapi oleh semua orang.
Ini disebabkan faktor utama seperti gaya hidup seharian, pemilihan pemakanan dan juga keadaan persekitaran. Ketidakseimbangan kulit misalnya, jerawat disebabkan oleh pengeluaran minyak berlebihan daripada kulit hingga menyebabkan liang-liang kulit tersumbat dan menghalang pernafasan kulit yang normal.  Akhirnya menyebabkan keradangan yang apabila digaru akan meninggalkan parut kekal. Ramai wanita juga menghadapi masalah kulit yang agak serius seperti kulit terlalu berminyak terutama para remaja dan kulit terlalu kering terutama para wanita berumur 35 tahun dan ke atas. Pelbagai produk yang telah dicuba dan beribu wang dihabiskan untuk tujuan ini, namun hasilnya hanyalah bersifat sementara.

Selain itu, kegatalan kulit misalnya, ruam-ruam merah terutamanya yang sering berlaku pada bayi dan kanak-kanak adalah disebabkan oleh peluh dan pengaliran udara di kulit yang kurang teratur.  Perbuatan menggaru kawasan yang terlibat kadang kala menyebabkan calar dan luka pada kulit.  Perkara sebegini jika terjadi pada anak-anak sudah tentunya merisaukan para ibu bapa.  Penggunaan produk berasaskan bahan kimia sudah pasti akan memberikan kesan sampingan kepada anak-anak juga.


Oleh itu, kami di Miba MineralBio menyediakan pilihan kepada para penghidap masalah kulit dan juga sebagai alternatif kepada produk-produk penyembuhan lain berasaskan bahan kimia.

Rangkaian produk Miba MineralBio melengkapi untuk memulihkan hampir semua masalah kulit yang dihadapi, menggunakan sumber semulajadi yang kaya dengan khasiat mineral.


Tanpa bahan pengawet tiruan dan bahan kimia berbahaya dan telah terbukti keberkesanannya melalui kajian-kajian klinikal yang dijalankan oleh saintis di MineralBio Korea Selatan.  Produk yang sangat selamat digunakan seisi keluarga untuk semua peringkat umur.



Teruskan pembacaan info menarik tentang pemulihan beberapa jenis masalah kulit menggunakan rangkaian produk MineralBio daripada blog ini untuk manfaat bersama.

Pemulihan kulit menggunakan produk MineralBio adalah secara semula jadi, sudah tentu akan mengambil masa (bergantung kepada keadaan kulit individu). Walaubagaimanapun, kesan positif bakal dirasai di mana masalah kulit akan kembali sembuh dan pulih serta kulit kelihatan sempurna. Insya Allah..

Kulit cantik dan sihat impian setiap insan. Elak produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya. Teepuk dada, pilihan di tangan anda.

Masalah Kulit Yang Sering Diambil Mudah Masalah Kulit Yang Sering Diambil Mudah Reviewed by Unknown on October 12, 2016 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.