Find Us On Facebook

banner image
banner image

Ekzema & Miba Mineralbio

Apakah penyebab Atopik Ekzema?

Atopik Ekzema (ekzema) boleh disifatkan sebagai tompok kemerahan yang gatal dan mengelupas pada kulit, terutamanya pada muka, belakang telinga, di bahagian pelipat siku dan belakang lutut, di atas punggung dan buku lali bayi, kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa. Kebiasannya, pesakit ekzema akan menanggung kesengsaraan seperti rasa gatal yang melampau, pedih dan sentiasa kelihatan resah.  Juga dikenali sebagai atopik dermatitis, punca utama penyakit ini masih belum diketahui.

Walaupun punca sebenar masih belum diketahui, banyak faktor-faktor yang boleh memudaratkan lagi keadaan termasuklah kulit kering, alergi bermusim, pendedahan terhadap sabun dan detergen tertentu, bahan kimia dalam sesetengah produk penjagaan kulit serta cuaca sejuk.

Kajian menyimpulkan bahawa penyakit ekzema terjadi akibat daripada persekitaran yang mengandungi bahan yang menyebabkan penyakit kulit seperti debu, hama binatang dan pencemaran udara. Faktor keturunan juga kadangkala memainkan peranan.  Alahan merupakan tindak balas hypersensitiviti badan yang boleh mengakibatkan tindak balas pada kulit sehingga menyebabkan ruam, hidung tersumbat, gatal mata dan gatal tekak.  Tindak balas ini boleh menjadi serius dalam tempoh yang tertentu samada dalam beberapa jam ke beberapa hari atau minggu. Ia juga boleh mengakibatkan kulit menjadi merah, kering dan merekah.

Penyakit ini adalah gangguan kulit yang kerap dialami oleh kebanyakan populasi di dunia. Saintis menganggarkan lebih daripada 15 juta individu di Amerika Syarikat mengalami simptom-simptom Atopik Ekzema. Kajian juga mendapati bahawa 1 dari 6 orang kanak-kanak dan 1 dari 10 orang dewasa akan menghidap ekzema.

Bagaimana Atopik Ekzema menjejaskan individu?

Perasaan kegatalan pada mana-mana bahagian tubuh akan membuatkan kita ingin menggaru.  Perbuatan menggaru yang kerap akan menyebabkan kulit menjadi calar.  Perbuatan menggaru yang berulang dan kerap akan menambahkan lagi rasa kegatalan dan hanya akan memburukkan lagi keadaan kulit.   Seseorang individu yang menggaru sehingga kulitnya menjadi luka akan menyebabkan perkara yang lebih serius iaitu jangkitan bakteria.  Pelbagai masalah kulit yang lain akan timbul akibat daripada jangkitan dan keadaan ini akan menyukarkan individu itu untuk menjalani kehidupan harian seperti biasa.  Terutamanya kanak-kanak dan bayi, mereka sering menangis dan menggaru bahagian badan tertentu akibat kegatalan, ini akan menambahkan lagi kerisauan para ibu bapa.

Kenapa perlu menggunakan MineralBio bagi rawatan pemulihan Ekzema?

Kebanyakan ubatan yang disyorkan oleh doktor mengandungi steroid seperti kortison dan kortikosteroid. Ubatan steroid lebih cenderung untuk melegakan kegatalan Atopik Ekzema untuk suatu tempoh yang tertentu tetapi tidak menyembuhkan masalah kegatalan sepenuhnya.

Masalah kegatalan akan kembali sekiranya ubat steroid tidak lagi digunakan. Pengunaan ubat steroid yang kerap, akan menjejaskan struktur permukaan kulit hari demi hari.  Kesan sampingan toksik steroid boleh menembusi jauh ke dalam kulit serta boleh mencederakan organ dalaman.

Oleh itu, produk MiBA Ion Calcium telah direka khas untuk mengatasi kekurangan yang ada pada ubat steroid di pasaran. Sebagai pilihan alternatif kepada steroid, produk MiBA Ion Calcium mengandungi 100% bahan semula jadi terdiri daripada mineral dan ekstrak tumbuh-tumbuhan untuk memberi kesan pemulihan kepada kulit akibat Ekzema. Produk MiBA kini telah diperbaharui dengan teknologi Ionized Calcium, yang telah terbukti berkesan untuk meningkatkan kadar penyerapan bahan penyembuhan masalah kulit yang dihidapi.

Anda boleh menggunakan MiBA Ion Calcium berulang kali mengikut keperluan tanpa memberi sebarang kesan sampingan jangka panjang. Produk ini selamat untuk digunakan tanpa mengira usia, dan sekiranya tertelan tidak akan membawa apa-apa kesan negatif pada badan.

Kebanyakan individu yang mengalami Atopik Ekzema perlu mengubah gaya hidup seharian dari segi pengawalan diet, mengawal stress, mengamalkan tidur yang cukup, melakukan senaman ringan serta mengurangkan aktiviti merokok dan pengambilan alkohol.  Dengan kombinasi perubahan gaya hidup seharian dan penggunaan produk MiBA Ion Calcium secara konsisten dapat membantu untuk  menghilangkan ekzema secara kekal.

Bagaimana saya menggunakan MiBA Ion Calcium untuk mengubati Ekzema?

Penggunaan yang betul adalah kunci untuk mendapat hasil yang diingini.

Pastikan tangan anda bersih sebelum menggunakan produk MiBA. Masa terbaik penggunaan produk ini adalah selepas mandi supaya kelembapan dapat kekal pada kulit lebih lama. Pesakit Ekzema yang alah pada sabun mandi biasa, boleh menggunakan MiBA Ion Calcium Total Cleansing sebagai gel mandian sebagai alternatif kepada sabun mandian lain yang mengandungi bahan kimia seperti paraben dan sulphates.

Kemudian, sembur MiBA Ion Calcium Mineral Spray pada kawasan kulit yang gatal dan ratakan hingga kering.Semburan boleh dibuat 1-3 kali sehari, atau ketika kulit rasa gatal-gatal.

Akhir sekali, bagi memastikan kulit kekal lembap, sapu MiBA Ion Calcium Ultra Rich Cream pada kawasan ekzema, penggunaan sama seperti krim losyen biasa, bagi membantu proses penyembuhan yang lebih cepat.

Pesakit juga hendaklah sentiasa berada dalam suasana sekeliling yang lembap (humid) untuk penyembuhan yang lebih cepat, penggunaan pelembap udara digalakkan, jika perlu.


Sebelum
Selepas


Ekzema & Miba Mineralbio Ekzema & Miba Mineralbio Reviewed by Unknown on October 12, 2016 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.