Find Us On Facebook

banner image
banner image

Kulit Luka.. Apa Sebenarnya Sedang Berlaku?

Kulit kita terdiri daripada sel-sel yang hidup. Terdapat berjuta-juta sel terdapat di dalam kulit kita. Fungsi utama kulit diciptakan Allah SWT adalah untuk melindungi sistem badan kita daripada ancaman luar seperti penyakit, bahaya dan sebagainya supaya badan kita boleh berfungsi dengan baik, atau dalam kata lain ialah tubuh badan yang sihat. Sebagai contoh, jika kita mengalami luka dan tidak dirawat segera, bakteria akan masuk ke dalam sistem darah dan akan menyebabkan komplikasi lain pula. 

Dari segi anatomi kulit, terdapat pelbagai jenis sel yang berperanan untuk membantu sistem pertahanan badan ini. Contohnya, sel reseptor sentuhan, sakit dan haba. Apabila kulit bersentuhan dengan sesuatu yang tajam dan luka, sel reseptor sakit akan menghantar isyarat ke otak memberitahu bahawa ada bahaya. Otak akan mengenalpasti bahagian kulit yang terluka dan akan menghantar isyarat supaya sel-sel imunisasi badan untuk ke bahagian luka tersebut dan melawan bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan. 

Keadaan kulit yang luka adalah sama seperti keadaan kulit jerawat. Semasa acne breakouts (jerawat mula membengkak dan pecah), ataupun bisul, kulit sebenarnya berada dalam keadaan luka. 


Terdapat pantang-larang yang mengatakan jika ada jerawat, jangan picit. Nanti akan tinggalkan kesan parut. Sebenarnya pernyataan ini adalah sangat tepat. 


Secara biologi, apabila kulit terluka, otak akan menghantar isyarat supaya sel darah putih bekerja untuk menutup luka tersebut. Proses ini dinamakan blood clotting atau penggumpalan darah. Darah yang bergumpal akan bertindak untuk menutup kawasan luka dan ini akan menghasilkan warna darah bertukar menjadi gelap. Secara kasarnya, kita akan nampak kulit yang luka akan menjadi parut. Lazimnya, apabila keadaan ini terjadi, sel-sel kulit baru akan mula dihasilkan bagi menggantikan sel kulit yang telah luka tersebut. Lama-kelamaan, warna kulit akan menjadi normal sediakala.



Sama seperti jerawat yang pecah, jika anda terus menerus memicitnya, dengan tanpa sedar menggunakan jari yang tidak bersih, keadaan ini bukan sahaja melambatkan pemulihan kulit luka malahan parut yang terhasil juga akan lambat pulih! Mahukah anda jadi begitu??


MiBA Mineralbio Penyelamat Kulit Sebelum Berparut

Bahan utama semua produk MiBA Mineralbio ialah 100% mineral dan ektrak tumbuh-tumbuhan semulajadi. Keistimewaan yang hanya terdapat dalam MiBA Mineralbio ialah, kandungan mineral yang digunakan adalah berasal daripada air bawah tanah yang kaya dengan khasiat penyembuhan kulit. 

Kami telah mendapatkan maklum balas daripada ramai pengguna setia MiBA. Di mana, sekiranya mereka mengalami luka kecil disebabkan oleh air panas, gigitan serangga mahupun ada jerawat dan bisul mulai muncul, hanya sapu mana-mana krim MiBA dan kesakitan akan lega dalam tempoh kurang 24 jam. Mengapa ini terjadi?

Ketika kulit luka, dan proses blood clotting berlaku, kulit sebenarnya dalam keadaan inflammation atau keradangan. Oleh sebab itu, kita akan nampak permukaan kulit akan membengkak dan merah kerana ketika ini sel-sel darah telah menerima isyarat untuk ke bahagian kulit yang luka tersebut. Kapilari darah di sekitar kawasan kulit yang luka juga ketika ini akan membesar, supaya lebih banyak sel-sel darah dapat tiba di kawasan luka tersebut dengan segera. Selain keradangan, sel-sel kulit berhampiran akan turut 'terhimpit' termasuklah reseptor sakit juga. Sebab itu apabila jerawat atau bisul yang bengkak, kita akan rasa sakit. 

Setelah itu, sistem imunisasi badan akan bekerja dengan sendiri untuk mengurangkan keradangan itu dan proses ini akan mengambil masa. Dalam proses blood clotting, antara mineral yang terlibat untuk menutup kulit luka ialah Kalsium. Apabila anda menggunakan Krim MiBA, mineral yang terdapat dalam produk MiBA, akan turut sama membantu mempercepatkan proses meredakan keradangan tersebut. Tambahan pula, MiBA mengandungi ektrak tumbuh-tumbuhan yang berkhasiat untuk nutrisi kulit, dan ini akan mempercepatkan lagi proses penyembuhan kulit.

Dwiaksi krim MiBA ini (meredakan keradangan dan merawat kesan luka) memberikan hasil yang sangat ajaib - anda akan dapati parut tidak hampir tiada setelah luka sembuh.

Perhatikan kesan parut beliau di dahi hilang setelah mengguna MiBA Mineralbio

Berikut merupakan antara Krim MiBA pilihan yang boleh anda gunakan ketika menghadapi acne breakouts, gigtan serangga, bisul dan sebagainya bagi meredakan keradangan dan bengkak yang berlaku pada kulit. 



Skin Dr MiBA Ion Calcium Ultra Moisture Cream

Mengandungi Shea Butter, Orange Butter dan Rosehip Oil untuk nutrisi dan menjadikan kulit lembap sepanjang hari. 

[100mL RM129]







Skin Dr MiBA Ion Calcium Ultra Rich Cream

Menguatkan daya tahan sel-sel kulit untuk pemulihan kulit bermasalah seperti kulit kering, sensitif, gatal-gatal, ekzema, Molluscum contagiosum, psoriasis agar kembali sihat dan normal.

[80mL RM129]






Skin Dr MiBA Ion Calcium Sebum Control Moisture Cream

Krim Pelembap untuk mengawal sebum penyebab masalah jerawat. Tidak menutup liang pori. Sesuai untuk kulit sensitif dan berminyak. 

[100mL RM89]


Kita perlu sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan kulit yang telah dianugerahkan. Kita tidak sedar bahawa kulit sangat memainkan peranan yang penting dalam hidup kita. Termasuk juga menggunakan hanya produk yang benar-benar selamat daripada bahan kimia berbahaya yang boleh mengancam kesihatan diri. Oleh demikian, hendaklah kita sentiasa peka akan tahap kesihatan kulit kita supaya dapat mengelakkan mudarat kepada kesihatan badan kita secara keseluruhannya.

Nota: Di sini kami hanya berkongsi maklumat berkenaan bagaimana kulit kita berfungsi dan proses biologi yang terlibat ketika kulit luka. Penerangan yang diberikan ini sebagai maklumat pengetahuan untuk pembaca setia mymineralbio.my supaya dapat menggunakan pengetahuan ini dalam menggunakan produk MiBA Mineralbio. Penerangan ini ditulis dalam bahasa mudah difahami oleh umum. Penerangan blood clotting di sini bukan merujuk kepada penyakit, tetapi lebih kepada proses yang terjadi ketika luka di permukaan kulit.

Kulit Luka.. Apa Sebenarnya Sedang Berlaku? Kulit Luka.. Apa Sebenarnya Sedang Berlaku? Reviewed by Unknown on January 11, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.